Filem Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives arahan apichatpong weerasethakul dari Thailand.Filem ni menang anugerah dekat festivel filem Cannes . so, bukan biasa-biasa punya cerita la kan. Walaupun filem ini agak bosan dari segi syot dan suntingannya, tapi ada perkara yang menarik tentang filem ni iaitu sifat ke-thailand-nan yang ada dalam filem ni. Tema filem ni menjurus kepada thailand itu sendiri maksud aku dari segi kepercayaan dan juga budaya yang ditunjukkan dari mula sampai la habis cerita ni. (sebenarnya aku pun tak tahu habis ke tidak cerita ni). susah nak cari filem yang macam ni. siap ada time-image bagai. susah nak dikupas. (macam kupas kulit bawang, makin lama kau kupas, makin rasa nak nangis) eh betul ke tu ??! hee :P
so, seperti blog-blog yang lain, akan ceritakan sedikit sinopsis filem ni. tapi aku tak nak. google la sendiri Aku nak cerita tentang tema filem ni dan penggunaan time-image je... time-image... apakah .??. haa, yang tu pun boleh google ..gilles deleuez yang keluarkan term movement-image & time-image ni dalam buku dia... dalam bahasa mudahnya time-image tu adalah imej di dalam filem yang kita tonton, yang kita tak tahu latar masa ataupun heterogeneous (berbeza). ia berbeza dari ruang masa yang kita guna sekarang, maksudnya kita pun tak tahu masa berlakunya perkara tersebut.
Filem uncle boonme ni banyak memaparkan kepercayaan budha yang majoritasnya merupakan penduduk thailand, so berkait la kan dua perkara ni (budha+Thailand=Uncle Boonme )..:P
kita dapat lihat dari babak yang pertama lagi, filem ni paparkan kerbau yang diikat di pokok. selain tu, latar tempat yang sangat thailand juga ada ditunjukkan di dalam babak tu. sebenarnya, babak tu takde kene mengena pun dengan jalan cerita uncle boonme kalau kita lihat dari pandangan salwa kita ni .ecehh.. :P
tapi kalau kita kaji dari aspek time-imaged, babak tu memang berkait dengan tema filem iaitu reincarnation. babak kerbau yang hilang dan bertemu tuannya itu bermaksud seseorang telah mencapai tahap enlightment. maksudnya disini, keseluruhan filem uncle boonme ni, berkait dengan babak kerbau tu.
kalau dilihat di dalam filem ni, uncle boonme ada mengatakan bahawa dia tidak mahu dilahirkan semula kerana pada kepercayaan mereka, tahap enlightment itu merupakan tahap yang tertinggi di dalam kepercayaan budha. sebab kalau mereka hidup semula menjadi sesuatu yang lain, mereka masih lagi tidak dianggap mencapai tahap tersebut, seperti anaknya yang menjadi monyet jadian dan watak puteri yang bertukar menjadi ikan keli.perkara ni berkait dengan kepercayaan budha tentang reincarnation yang merupakan tema filem ni.
Watak monyet jadian(boonsong) anak kepada uncle boonme, watak tu adalah time-image kerana kita tak dapat nak kenal pasti masa dan ruang watak tersebut. ia bersifat spiritual. watak tu sangat berkait dengan tema filem berkenaan reincarnation seperti yang aku cakapkan tadi, ruang dan masa yang ada pada watak monyet jadian tu berbeza dengan watak uncle boonme, pembantu, dan adik iparnya. sama la jugak dengan watak bini uncle boonme, hantu yang tiba-tiba datang kat meja makan tu. tapi uncle boonme buat rilek je sbb mengikut kepercayaan mereka juga, tahap enlightment tu akan dicapai apabila mereka boleh bersatu dengan alam. maksudnya uncle boonme dah boleh menerima kehadiran hantu/makhluk yang merupakan sebahagian dari alam semesta ni. watak yang ada dalam time-imaged ni juga kita boleh tengok dari riaksinya, ia tidak mempunyai tujuan yang jelas, BLUR. .tak ada riaksi. kalau tak caya, tengok watak monyet jadian & bini uncle boonme tu. muka selamber dek jer.. . .
ok, kita masuk part yang paling jelas time-imagednya , babak puteri dan ikan kelinya :)
tapi macam pelik je tiba2 dimasukkan cerita dongeng rakyat kat tengah2 cerita kan... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :P
babak ni dikatakan time-image sebab sebagai spectator, kita tak akan tahu mana datangnya babak ni, mimpi ke, ilusi ke, halusinasi ke...adakah berkait dengan uncle boonme ke, or berkait dengan monyet jadian ke, ataupun khayalan pembantu uncle boonme ... persoalan2 ni la yang menyatakan bahawa babak tu time-imaged. sudah terang lagi bersuluh la kan. . tapi apa kaitannya dengan naratif & tema filem ni.?? macam tak de kene mengene je kan. pada pandangan aku la, babak ni berkait dengan tema filem berkenaan reincarnation. dalam babak tu, kita dapat tengok puteri tu frust dengan muka dia yang hodoh, tua, busuk dan dah macam side mirror aku tengok... :P so, dia mintak kat ikan keli tu supaya cantikkan diri dia seperti apa yang dia nampak dalam air (maksudnya dia nak mati la tu) .. dan secara magiknya puteri tersebut telah bertukar menjadi ikan keli ... pertukaran tersebut merujuk kepada reincarnation yang merupakan tema filem ni.,..maksudnya, pengarah nak bagi contoh tentang bagaimana orang yang tidak mencapai tahap enlightment dan lahir semula dalam fizikal yang berbeza. . sama la macam babak monyet jadian tu. dia pun tak capai tahap enlightment dan bertukar jadi monyet...
pastu babak last sekali, babak ni favorite... sangat~~ :/
babak ni pun dikategorikan sebagai time-imaged juga dari karakter yang muncul dalam babak tu. kita nampak yang mereka sedang melihat tv. tapi kita tak tahu masa bila yang mereka tengok tv tu . . kalau kita kaji dengan lagi detail, babak ni ada menunjukkan cristal-image dimana ia memaparkan bagaimana watak pembantu uncle boonme tu nampak diri dia masih duduk depan tv sedangkan dia dah nak keluar pergi makan.. dari apa yang aku faham, cristal-image ni berkait dengan memori seseorang yang telah yang telah bertindih antara satu sama lain. maksudnya memori yang ada pada pembantu uncle boonme pada waktu dia berdiri tu telah bertindih dengan memori lampau dia dan menghasilkan satu bentuk memori baru yang membolehkan dia nampak imej yang baru,.... (lampau+sekarang=cristal-image) .. cristal-image yang deleuez cakap ni juga sebenarnya boleh menjadi pelbagai perkara .. . macam kristal, cuba kita eksprerimenkan kristal dengan cahaya dari pelbagai sumber, nanti kita akan dapat hasilkan cahaya yang berbeza kan.. . tak semestinya kita akan nampak diri kita, mungkin akan nampak benda lain.. ia bagaikan halusinasi, tapi bukan halusinasi .tu la time-image , sbb kita yang tengok pun tak dapat nak decide tentang perkara tu...
ok, secara kesimpulannya, filem ni memang lain dari yang lain , tak heran la kalau menang pun sebab apa yang disampaikan tu sangat tersirat . . .
Peace N.Y.
Peace N.Y.